BADMINTON
Setiap kontigen perlu menyediakan 3 tabung bulu tangkis berjenama YANG YANG Speed 77
SYARAT DAN PERATURAN
BADMINTON KATEGORI
1. PERATURAN AM
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan badminton yang telah ditetapkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa, BAM dan Peraturan AM SUMASA 2016.
2. PERTANDINGAN
3. PENDAFTARAN
4. PAKAIAN / PERALATAN
5. PEMENANG
BADMINTON KATEGORI
1. PERATURAN AM
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan badminton yang telah ditetapkan oleh Persatuan Badminton Antarabangsa, BAM dan Peraturan AM SUMASA 2016.
2. PERTANDINGAN
- Pertandingan dipecahkan kepada 4 kategori iaitu Beregu Lelaki, Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan dan Beregu Veteran.
- Setiap pasukan perlu menghantar 2 pasukan beregu lelaki, Seorang perseorangan lelaki, Seorang perseorangan perempuan dan 1 pasukan beregu veteran lelaki.
- Pertandingan setiap kategori akan dijalankan secara KALAH SINGKIR.
- Sistem kiraan mata. Setiap perlawanan peringkat awal, suku akhir dan separuh akhir akan diadakan sebanyak 1 set, kiraan mata ’first to reach 30 points’ secara rally point. (mata 15 akan bertukar gelanggang)
- Perlawanan penentuan tempat ke 3/4 dan perlawanan akhir akan diadakan sebanyak 2 set, jika seri, set ketiga akan diadakan bagi menentukan pemenang. Sistem bilangan mata adalah 21, 21, (15).
- Masa maksima 5 minit diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawan akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 30 – 0, 30 – 0 untuk peringkat kumpulan dan separuh akhir, 21 – 0, 21 – 0 untuk penentuan tempat 3/4 dan perlawanan akhir.
- Pasukan yang memberi kemenangan percuma dengan sengaja juga dikira kalah dan pihak lawan diberi kemenangan dengan kiraan 30 – 0, 30 – 0 untuk peringkat kumpulan dan separuh akhir, 21 – 0, 21 – 0 untuk penentuan tempat 3/4 dan perlawanan akhir.
3. PENDAFTARAN
- Hanya pemain yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain.
- Setiap seorang pemain hanya dibenarkan mewakili satu kategori sahaja. Jika seseorang pemain sudah mendaftar bermain KATEGORI iaitu perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki dan beregu veteran pemain berkenaan tidak dibenarkan untuk bermain dalam BERPASUKAN.
- Semua pasukan yang bertanding hendaklah melapor diri di meja urusetia / pengadil 15 MINIT sebelum pertandingan dijalankan bersama borang pertandingan.
4. PAKAIAN / PERALATAN
- Lelaki - T-Shirt, Track bottom / seluar pendek + leotard, kasut sukan,
- Perempuan - T-Shirt, Track bottom, kasut, stokin, tudung
- Setiap pemain dikehendaki membawa raket sendiri. Kontinjen diwajibkan menyediakan 3 tabung bulu tangkis (Yang Yang 300B 77)
5. PEMENANG
- Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan & Ketiga bagi setiap kategori