KAROM
SYARAT DAN PERATURAN
KAROM
1. PERATURAN AM
2. PERTANDINGAN
3. PENDAFTARAN
4. PAKAIAN / PERALATAN
5. PEMENANG
KAROM
1. PERATURAN AM
- Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan AM SUMASA 2016
- Giliran memukul adalah mengikut sebelah kanan (arah lawan jam).
- Biji karom merah tidak akan digunakan di mana ia akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemecahan pertama dilakukan pada setiap pusingan, sama ada pusingan pertama, kedua atau ketiga.
2. PERTANDINGAN
- Pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN pada peringkat kumpulan dan KALAH SINGKIR pada peringkat separuh akhir, penentuan tempat ke-3 dan 4 dan perlawanan akhir.
- Pertandingan akan diadakan secara 3 kategori iaitu BEREGU LELAKI, BEREGU PEREMPUAN dan BERGU CAMPURAN.
- Pemain dalam kategori bergu (lelaki dan perempuan) juga dibenarkan untuk bermain dalam bergu ca mpuran.
- Seandainya pertandingan bergu lelaki atau wanita masih berjalan, dan dalam masa yang sama pertandingan bergu campuran bermula, pertandingan tersebut (bergu campuran) boleh ditangguhkan sehingga selesai pertandingan bergu lelaki atau perempuan.
- Masa maksima 5 minit diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawan akan diberi kemenangan percuma
- Pasukan yang memberi kemenangan percuma dengan sengaja juga dikira kalah dan pihak lawan diberi kemenangan
3. PENDAFTARAN
- Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 6 orang pemain ( 3 lelaki dan 3 perempuan) bagi setiap kategori tiada pendaftaran untuk pemain simpanan.
- Hanya pemain yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain
- Semua pasukan yang bertanding hendaklah melapor diri di meja urusetia / pengadil 15 minit sebelum pertandingan dijalankan bersama borang pertandingan
4. PAKAIAN / PERALATAN
- Lelaki - Pakaian yang sesuai
- Perempuan - Pakaian yang sesuai
- Peralatan pertandingan disediakan tetapi setiap pasukan dikehendaki untuk membawa striker sendiri.
5. PEMENANG
- Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan & Ketiga bagi setiap kategori iaitu, kategori beregu perempuan dan beregu lelaki.