SEPAK TAKRAW
SYARAT DAN PERATURAN
SEPAK TAKRAW ANTARA REGU
1. PERATURAN AM
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan sepak takraw yang telah ditetapkan oleh MSSM dan Peraturan AM SUMASA 2016.
2. PERTANDINGAN
3. PENDAFTARAN
4. PAKAIAN / PERALATAN
5. PEMENANG
SEPAK TAKRAW ANTARA REGU
1. PERATURAN AM
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang permainan sepak takraw yang telah ditetapkan oleh MSSM dan Peraturan AM SUMASA 2016.
2. PERTANDINGAN
- Pertandingan akan dijalankan secara regu iaitu LIGA SATU PUSINGAN pada peringkat kumpulan dan KALAH SINGKIR pada peringkat separuh akhir.
- Setiap perlawanan pada peringkat kumpulan akan diadakan sebanyak 1 set.
- Sistem kiraan mata “first to reach” 30 point secara “rally point” (mata 15 tukar gelanggang).
- Bagi perlawanan peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diadakan sebanyak 2 set, jika seri, set ketiga akan diadakan bagi menentukan pemenang
- Sistem kiraan mata peringkat Separuh Akhir dan Akhir adalah 21, 21, ( 15 )
- Hanya perlawanan tempat pertama dan kedua sahaja akan dijalankan.
- Penentuan tempat ke-3 dan ke-4 tiada perlawanan, hanya terus ditentukan pemenang Tempat Ketiga Bersama .
- Masa maksima 5 minit diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawan akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 30 – 0 pada peringkat kumpulan, manakala pada peringkat Separuh Akhir dan Akhir dengan kiraan 21 – 0, 21 – 0.
- Pasukan yang memberi kemenangan percuma dengan sengaja juga dikira kalah dan pihak lawan diberi kemenangan dengan kiraan 30 – 0 pada peringkat kumpulan, manakala pada peringkat Separuh Akhir dan Akhir dengan kiraan 21 – 0, 21 – 0.
3. PENDAFTARAN
- Semua pasukan yang bertanding hendaklah melapor diri di meja urusetia / pengadil 15 minit sebelum pertandingan dijalankan bersama borang pertandingan
4. PAKAIAN / PERALATAN
- Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki memakai pakaian yang lengkap - T-Shirt, seluar pendek + tight, kasut sukan, stokin, ( seragam mengikut Kontigen ).
- Untuk Bola pertandingan, setiap pusat diwajibkan membawa 1 biji bola (511 Gajah Emas) dan akan dikembalikan selepas tamat pertandingan.
5. PEMENANG
- Hadiah akan diberikan kepada Johan, Naib Johan & Tempat Ketiga Bersama bagi setiap kategori